RESENSI BUKU : DEMOKRASI KITA, karangan Dr Mohammad Hatta

ULASAN BUKU DEMOKRASI KITA 

Demokrasi Kita adalah pada asasnya sebuah artikel yang ditinta oleh Dr. Mohammad Hatta dalam majalah Panji Masyarakat pada tahun 1960 yang terkenal sebagai wadah pembacaan menyebarkan dakwah dan juga seputar isu-isu semasa. Ternyata tindakan mantan Perdana Menteri ini mengundang rasa kurang enak Presiden Sukarno sehingga Panji Masyarakat diharamkan terbitannya. Buku ini mulai diedarkan semula selepas tumbangnya Presiden Sukarno pada tahun 1966.

Dr. Mohammad Hatta merupakan antara tonggak utama kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Beliau bahkan seorang proklamator kemerdekaan Indonesia sehinggakan disebut Proklamator Sukarno-Hatta. Semasa menjawat jabatan dalam kabinet pemerintahan politik era Sukarno, beliau dikenali umum sebagai Wakil Presiden. Beliau juga pernah menjawat kedudukan Perdana Menteri Indonesia sebelum keluar daripada tampuk pemerintahan kerana perselisihannya dengan Presiden Sukarno akan beberapa dasar politik.

Demokrasi Kita dibukukan pada tahun 1966 dan diberi kata pengantar Buya Hamka. Hal ini seiringan dengan perubahan angin baharu dalam dunia politik Indonesia apabila Presiden Sukarno digulingkan secara kudeta dan diganti dengan Jeneral Suharto. Tahanan politik dibebaskan dan Hamka merupakan salah seorang yang turut dikenakan tahanan rumah semasa akhir pemerintahan Sukarno. Menurut Hamka, buah fikiran yang bernas seperti Hatta tidak seharusnya ditutup dan diharamkan seperti yang pernah berlaku sebelumnya.

Hatta menulis makalah ini untuk memberi peringatan yang keras terhadap pimpinan politik Indonesia yang seolah-olah lupa dan alpa akan perjuangan asli kemerdekaan Indonesia. Menurutnya, setelah mencapai kemerdekaan, keadaan politik di Indonesia semakin tegang sehinggakan pemimpin mengabaikan pembangunan dan kemajuan negara. Pengulas beranggapan bahawa tindakannya ini jelas telah memendek hayat majalah Panji Masyarakat yang dipimpin oleh Hamka. Tindakan Sukarno jelasnya telah mengucar-kacirkan matlamat asal penubuhan Negara Kesatuan Republik Indonesia.

#UlasanBukuBertulis
#DemokrasiKita
#AdliAzimat
#BookSurgeon

Comments

Popular Posts