RESENSI BUKU : NOKTAH TERJAHIT, karangan Nik Nur Madihah

l ULASAN BUKU: NOKTAH TERJAHIT OLEH NIK NUR MADIHAH l

Kali ini, pengulas terpanggil untuk melakukan reviu buku Noktah Terjahit yang diterbitkan oleh JejakTarbiah. Buku ini merupakan sebuah catatan sulung peribadi oleh saudari Nik Nur Madihah. Anak gadis dari Kelantan ini pernah menggemparkan arena pendidikan negara apabila memperolehi keputusan 20A dalam SPM beliau. Buku ini mengandungi 6 Bab (Noktah) dan berketebalan 133 muka surat. Menariknya, setiap noktah juga terselit beberapa bab kecil. Gaya penulisan Nik Nur Madihah dilihat mengangkat sastera dalam bahasa Melayu dengan olahan langgamnya tersendiri. Pendek kata, bahasanya tajam bersastera. Hal ini memperlihatkan bahawa kosa kata Melayu masih tidak tandus dalam penulisan moden. Selain itu, buku ini turut disulami dengan keratan ayat al-Quran, hadis dan kata-kata tokoh hukama. Pengulas berasa tertarik dengan gaya penceritaan Nik Madihah kerana beliau berjaya mengangkat kisah peribadinya secara sederhana santai tetapi memberi kesan.

Buku ini menurut hemat pengulas lebih kepada mengangkat martabat harkat dan maruah golongan wanita, terutamanya dalam kalangan wanita yang berpendidikan. Mauduk utama buku ini dimulai dengan realiti seorang insan yang lemah dan tidak lari daripada melakukan dosa walaupun sehebat mana status hidup kita. Seterusnya, beliau turut mengungkapkan bahawa setiap hamba Allah itu akan berserah nasibnya kepada takdir Allah tetapi bukan bermaksud menyerah tanpa usaha. Hal ini bertepatan dengan nukilannya, “Kerana sesungguhnya pasrah tidak berserah” (Nik Nur Madihah: 39). Menurut beliau juga, setiap hamba itu perlu memahami peri pentingnya kekuatan sebuah kejujuran terhadap semua insan tanpa mengira darjat kerana lidah yang jujur itu merupakan harta paling berharga dalam kehidupan kita. 

Noktah 4: (Mendepani Keburukan) dikupas oleh beliau tentang mengenali diri sendiri. Mengenali diri sendiri merujuk kepada pengalaman hidup yang mematangkan setelah menjalani beberapa ranjau kehidupan. Seterusnya, mengenali diri sendiri juga penting supaya kita lebih menghayati keindahan dan kekuasaan ciptaan Allah SWT. Apa yang menarik, beliau turut memperkenalkan kepada pembaca sebuah karya Imam al-Ghazali: The Alchemy of Happiness. Buku yang dihasilkan lewat hayat Imam al-Ghazali ini hadir ketika berlaku pergolakan dunia Islam seperti dalam kalangan sufi, fahaman teologi dan ahli falsafah. Menerusi buku yang dibahaskan oleh Imam al-Ghazali tersebut, pengulas turut terpersona dengan kupasan Nik Madihah mengenai perbezaan zikir yang diucapkan oleh haiwan dan manusia. Yang membezakan manusia dan haiwan ialah zikir oleh haiwan sudahpun ada ketetapannya daripada Allah manakala zikir manusia hadir ketika manusia mulai kembali mengingati terhadap keagungan dan kekuasaan Allah SWT. Di samping itu, dalam Noktah 5: (Menjangkaui Betul vs Salah) pula, kebenaran itu digambarkan sebagai bahasa universal yang boleh difahami oleh seluruh umat manusia. Pandangan yang dilontarkan oleh Nik Nur Madihah mengenai definisi hak dan tanggungjawab juga turut mengujakan penulis sebagai anak muda yang dahagakan pengertian sebuah keadilan dalam kehidupan. Namun begitu, terdapat satu kata hikmat tokoh yang pengulas keliru sama ada diungkapkan oleh Saidina Umar RA ataupun Saidina Ali RA pada muka surat 81 yang ditulis oleh saudari penulis.

Noktah 6: (Warkah untuk Perempuan). Pada asalnya, pengulas agak terpinga-pinga mahu mengulas bab ini ataupun tidak kerana perbezaan jantina. Tetapi, setelah membaca dan menghadamnya dengan baik, dapatlah pengulas tahu bahawa warkah ini patut dibaca oleh kaum Adam juga sebagai penjaga, pelindung dan teman kepada kaum Hawa. Bab terakhir ini mencoret pengalaman hidup Nik Madihah di bumi Britain melalui gaya penulisan surat tidak rasmi kepada adindanya di tanah air. Butir nasihat yang ditintakan itu cukup membekas di hati pengulas kerana Nik Nur Madihah seorang gadis yang tabah menjalani mehnah dan tribulasi dalam kehidupannya. Sisi pandang sebagai seorang wanita terhadap hidup turut membuka mata pengulas supaya lebih banyak mengetahui dan menghormati hak golongan wanita dalam konteks masa kini.

Kesimpulannya, buku Noktah Terjahit ini ringkas tetapi sarat dengan pelbagai nasihat yang realistik, pengalaman yang menginsafkan dan hujah yang futuristik. Pengulas turut memberi kredit kepada Jejak Tarbiah yang diwakili oleh Kak Saadiah Ali kerana memberikan buku ini kepada pengulas sebagai hadiah sagu hati  dalam pertandingan ulasan buku keluaran Jejak Tarbiah. Pengulas turut berharap agar dapat meninta pengalaman dalam hidup kerana kita adalah penulis sejati kisah hidup sendiri.

#BilisSinis
#BookSurgeon
#MusafirSejarah
#UlasBuku

Comments

  1. When you start enjoying in} slot on-line it could be difficult to withstand the temptation to play progressive slots. The RTP just isn't the sum of money you will get back when you wager on real cash slots and it doesn't indicate whether or not you've have} fewer probabilities to hit a bonus round or not. If your goal is fun, go for more intricate video slots with a lot of bells and whistles but lower payouts. You now have enough info find a way to|to have the power to} make an knowledgeable determination about which slot machines determine on} at a casino. Secondly, you can’t do something to alter the percentages of profitable when you start enjoying in}. She was enjoying 온라인카지노 in}, Schüll says, "to maintain enjoying in} – to remain in that machine zone the place nothing else issues".

    ReplyDelete

Post a Comment