RESENSI BUKU BERTULIS: VAKSIN - SUMBANGAN ISLAM KEPADA DUNIA, tulisan Dr Zaquan Zainy Deris

Berbekal pembacaan berfokus dan pada masa yang sama, berpaksikan semangat menolak kebatilan golongan antivaksin, maka buku ini boleh dibaca habis dalam masa 2-3 jam sahaja.

Penceritaan berkenaan kajian penyakit cacar yang dilakukan oleh Abu Bakr Muhammad ibn Zakariya al-Razi kepada pengamalan inokulasi secara meluas di zaman kerajaan Turki Othmaniyyah dalam kurun ke-17 dan 18 dan konsep vaksinasi yang dikemukakan oleh Edward Jenner sekitar tahun 1797 ke 1798 menjadikan buku ini sebagai MUST-READ yang sangat relevan dalam tahun 2020 ini.

Meskipun kesalahan mengulang-cetak halaman 35 hingga 42 sebanyak dua kali dan kesalahan meletakkan nota kaki rujukan pada halaman 48 wajar ditegur dan diambil cakna oleh pencetak buku, tetapi manfaat buku senipis 72 halaman ini lebih besar istimewanya untuk mendedahkan kaedah mencegah merebaknya wabak penyakit merbahaya yang selari dengan Islam iaitu melalui konsep kuarantin dan inokulasi atau vaksinasi.

Jika masih celupar mulut sebahagian orang yang mempersoal kenyataan KKM dan WHO tahun ini yang mengatakan bahawa sungguhpun terdapatnya vaksin, pengamalan norma baharu masih perlu dilaksanakan untuk mengawal wabak, maka buku yang dicetak pada tahun 2018 ini telah lebih awal mengatakan hal serupa (halaman 62)!

Ayuh, ubati kejahilan dengan membaca!

#BookSurgeon
#AnalyzeScrutinizeCriticize

Comments

Popular Posts