HEIDI

Selesai.

Mungkin ada yang akan berbeza dengan saya, tapi, saya akan katakan buku ini tidaklah meruntun jiwa seperti yang disebut di blurb.

Berkemungkinan, emosi ketika membaca buku ini hilang dek kerana banyaknya ayat penyata yang gagal membawa bersama emosi ke dalam cerita.

Babak yang menyeronokkan saya dalam buku ini ialah:

1. Ketika Heidi sudah boleh membaca.
2. Usaha Heidi mengajar Peter membaca dan akhirnya Peter mengenal huruf.
3. Ketika Clara boleh berjalan semula.

Nilai yang paling utama dalam cerita ini, boleh saya simpulkan ialah:

"Gembirakan hati orang lain, untuk menjemput kegembiraan itu kepada kita."

Mungkin saya perlu membaca cerita ini dalam versi bahasa lain, untuk mengutip emosi yang tercicir dalam versi Bahasa Melayu.

3/5? Mungkin.

#BookSurgeon
#AnalyzeScrutinizeCriticize
#CeritaHeidi
#Azam2021

Comments

Popular Posts