RESENSI BUKU : DEPRESI - HEALING SEBELUM HILANG, karangan Aiman Banna.
Jolokan buku "healing" untuk buku ini, mungkin sedikit berbeza dengan buku "healing" yang lain kerana kali ini, tajuknya lebih spesifik merujuk kepada hal depresi. Penulis berkongsi berkenaan penyakit Major Depressive Disorder (MDD) dan masalah Anxiety Disorder sebagai bekas penghidap dua penyakit berkenaan. Hal yang paling menarik perhatian saya ialah sebagai seorang yang berlatar belakang pengajian agama Islam, penulis tidak menolak kaedah rawatan melalui pemakanan ubat-ubatan bagi mengawal gejala penyakit mental. Sebaliknya, berkali-kali penulis mengesyorkan pembaca untuk bertanya kepada yang pakar, berjumpa doktor, berjumpa ahli psychiatrist dan jangan senang-senang mengaitkan kesedihan rutin dengan depresi sewenang-wenangnya. Hal ini saya kira wajar dipuji. Mungkin dalam mengulas isu Depression dan Anxiety, penulis tidak boleh menyelam lebih dalam apabila mengatakan: "Tatkala disebut depression, ianya terus bermakna: Major Depressive Disorder. Sama ada mil