RESENSI BUKU : PUTERA GUNUNG TAHAN, karangan Ishak Haji Muhammad

l ULASAN NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN l 

Sebuah novel yang berkualiti selalunya dihasilkan oleh karyawan berbakat besar. Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan penulis novel Putera Gunung Tahan. Sosok yang pernah dianugerahkan gelaran ‘Pejuang Sastera’ ini merupakan seorang nasionalis yang berhaluan kiri. Pandangan beliau dijelmakan dalam karya-karya sastera beliau. Tidak dapat disanggah lagi, penulisan beliau berjaya mencelikkan mata masyarakat Melayu yang dirabunkan oleh penjajahan British dengan dasar imperialisme yang mengenyangkan pemimpin British di tanah United Kingdom serta memperkayakan hasil negara mereka.

Terlebih dahulu, Pak Sako menggarap kisah dalam novel ini dengan beberapa unsur semiotik. Semiotik bermaksud perlambangan atau makna tersirat dalam beberapa perkataan. Mungkin sahaja beberapa unsur semiotik tersebut ditulis untuk membuka ruang kepada penduduk untuk berfikir secara waras mengenai niat asal penjajah memerintah tanah ini. Seperti yang selalu ditekankan dalam perjuangan Pak Sako, novel klasik ini dirumus secara halus dan sarat dengan perjuangan merdeka yang sejati.

Novel ini dimulakan dengan sedikit maklumat mengenai muka bumi Gunung Tahan yang terletak di Pahang. Gunung yang menjadi tiang pasak Banjaran Titiwangsa ini membelah dua kawasan di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) iaitu Pantai Timur dan Pantai Barat. Plot novel ini dimulakan dengan dua watak penjelajah British yang diberi nama Tuan Robert dan Tuan William. Niat asal mereka hanyalah untuk menyiasat dan menangkap gambar yang indah di Gunung Tahan supaya mendapat pulangan lumayan sekiranya gambar tersebut dijual kepada pemerintah mereka di England. Dalam fikiran mereka hanyalah mencari tempat yang menarik supaya dapat dibangunkan kawasan tersebut melalui medium penjajahan seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. 

Plot dalam novel ini berkembang rancak apabila penggembaraan mereka di Gunung Tahan menghadapi masalah. Akibat kekurangan bekalan makanan, Tuan Robert telah mengambil keputusan untuk mencari bantuan di sekitar Gunung Tahan. Harapannya untuk mendapatkan pertolongan tercapai apabila dia dijumpai oleh sekumpulan orang Asal dari suku Sakai. Tuan Robert dilayan baik seperti tetamu walaupun hakikatnya dia hanyalah seorang tawanan yang tersesat jalan dan tidak menemui jalan pulang. Pertemuan Tuan Robert dengan seorang perempuan Melayu di kampung tersebut ternyata menghairankannya kerana perempuan itulah satu-satunya perempuan Melayu dalam suku Sakai. Rupa-rupanya perempuan Melayu tersebut ditinggalkan semasa melarikan diri dari kawasan yang dicerobohi penjajah. Anak lelaki kepada perempuan tersebut dibawa ke puncak Gunung Tahan untuk ditabalkan sebagai putera kerana beliau mempunyai darah keturunan raja. Niat Tuan Robert untuk memperlekeh suku Sakai dan perempuan Melayu tersebut nyata tidak berhasil kerana mereka terdiri daripada kalangan orang bijak walaupun tidak mendapat pendidikan formal.

Tuan William pula keluar daripada gua yang menjadi tempat perlindungannya dan Tuan Robert. Dia bimbang akan keselamatan Tuan Robert yang sudah lama tidak pulang ke tempat mereka berteduh. Namun begitu, hajatnya tidak kesampaian apabila dia juga turut tersesat. Destinasi seterusnya untuk Tuan William pula berbeza daripada Tuan Robert. Dia dibawa langsung menghadap Putera Gunung Tahan. Pertembungan mereka banyak berkisarkan mengenai niat jahat British, tindakan bekerjasama pemimpin dan raja Melayu yang tidak sepatutnya dilakukan dengan British dan keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Barat seperti pergaulan bebas. Hal ini dibuktikan sendiri apabila Tuan William melihat isterinya melalui ‘alat ajaib’ milik Putera Gunung Tahan. Tuan William telah menulis surat kepada isterinya mengenai keberadaannya serta mengharapkan bantuan dari London akan tiba untuk membebaskannya dari kawasan Gunung Tahan. Malangnya, tindakan Tuan William sudah dapat dihidu oleh Putera Gunung Tahan. Lanjutan daripada itu, pesawat pejuang British telah melancarkan bom dan Tuan William telah mati dalam kurungan hasil ledakan bom tersebut. Putera Gunung Tahan terselamat daripada serangan tersebut tetapi istananya telah roboh dengan teruk. Juruterbang pesawat tersebut telah meninggal dunia, tetapi penumpangnya iaitu Mem (Mrs) William masih hidup. Putera Gunung Tahan telah menyuruh orang suruhannya untuk merawat Mem William sehingga pulih seperti sediakala. Kematian Tuan William telah melahirkan dendam dalam diri Mem William. Namun begitu, hasratnya untuk membunuh Putera Gunung Tahan terpadam apabila dia terpesona akan kebaikan dan ketampanan paras rupa Putera Gunung Tahan. Novel ini berakhir dengan adegan mereka menjalinkan ikatan hubungan suami dan isteri.

Novel ini mengajar kita supaya sentiasa berwaspada akan ancaman musuh seperti penjajah. Tidak mungkin mereka menjajah negara tanpa ada seinci kepentingan. Ya, dasar British kelihatan lebih mulia berbanding dasar Belanda terhadap Indonesia tetapi kebaikan British diseliputi dengan kelicikkannya untuk merampas hak kekayaan tanah air kita ini. Novel Pak Sako ini biarpun dipandang sebagai penulisan haluan kiri tetapi memaparkan realiti sebenar mengenai kesan penjajahan dan makna sejati kemerdekaan. Mesej Pak Sako sangat jelas iaitu: kedaulatan negara tidak boleh sama disekali diperjudikan untuk kepentingan peribadi, pemimpin perlu mengutamakan maruah negara dan rakyat sebelum kesenangan diri sendiri dan rakyat perlu celik minda akan perkara yang berlaku dalam negara supaya tidak mudah diperbodohkan oleh sesiapa. Sesungguhnya penulisan Pak Sako ini menyegarkan minda anak muda supaya tidak leka akan masa depan negara dan bangsa. 

#MusafirSejarah
#BilisSinis
#UlasanBuku

Comments

  1. If you’re shopping for a brand new} inkjet printer, persist with one that makes use of separate ink cartridges for each colour. The printer costs per page of inkjet printers are typically higher than laser printers. This is because of|as a outcome of} page yields are much decrease with ink cartridges. Keep in thoughts, nonetheless, that these page yield ratings are primarily Shower Curtains based on prints with only 5% page protection.

    ReplyDelete
  2. Place your bets in a timely manner to maintain the sport transferring, don’t place anything on the roulette table and be respectful towards of|in course of} other players and the croupier. You’ll be glad to know that the user interface may have every thing want to|you should|you have to} make the gameplay fast and easy. 코인카지노 Above all, be well mannered and respectful towards of|in course of} the stay dealer and your fellow players — it will certain that|be certain that} everyone at the table has a pleasing, entertaining on line casino experience. As find a way to|you possibly can} see from the table above, the differences between the varied roulette wheels will have an effect on} the odds at which you play roulette. Since this can be a|it is a} recreation of chance, you need to maximise your chance of successful. To do that, we now have to get into the numerous variations of roulette on line casino video games, and how they perform.

    ReplyDelete

Post a Comment